Kandungan Jurnal

Sila masukkan kata kunci untuk carian:

 

Penerbit Aset

Majlis Pecah Tanah Stesen ECRL Kotasas

Kuantan, 9 Ogos – Majlis Pecah Tanah Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) KotaSAS yang telah disempurnakan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak disifatkan sebagai "projek infra-rakyat" di pantai timur yang merupakan pemangkin yang akan menyamaratakan pembangunan ekonomi di antara pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

ECRL akan menjana ekonomi yang akan dapat meningkatkan status sosioekonomi, seterusnya memberi kemudahan kepada rakyat pantai timur. Ia dilihat akan merangsang pelaburan dan aktiviti komersial, mencipta peluang pekerjaan, menyediakan pendidikan berkualiti serta meningkatkan sektor pelancongan di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pembinaan ECRL dijangka akan menyuntik KDNK dari negeri pantai timur yang dijangka meningkat sebanyak 1.5 %. 

Yang turut hadir YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, YAB. Menetri Besar Terengganu, Datuk Seri Razif Abdul Rahman, YAB. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, Kaunselor Negara China, TYT. Wang Yong, Menteri-menteri Persekutuan, dan Ketua-ketua Jabatan di peringkat Negeri dan Persekutuan.  

ECRL adalah projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan menghubungkan Lembah Klang dengan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pembinaan laluan sepanjang 600.3 km itu sejajar dengan inspirasi Kerajaan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan yang efisyen yang mampu menghubungkan bandar-bandar utama dan sekaligus menaik taraf pengangkutan awam di luar bandar. 

Projek yang menelan kos sebanyak RM55 bilion dijangka akan memulakan operasi pada pertengahan tahun 2024.  Adalah disasarkan seramai 5.4 juta penumpang serta 53 juta tan kargo menggunakan ECRL setiap tahun mulai 2030. Masa perjalanan dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak ke Kota Bharu dalam masa kurang  daripada 4 jam berbanding purata 7 jam melalui jalanraya. 


Kandungan Jurnal