Pertandingan Pencahayaan, Keceriaan Dan Landskap Dalaman Bangunan Dewan Blok C, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang

LATAR BELAKANG

Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberi ruang kepada warga Pejabat SUK Pahang menyumbangkan idea dan kreativiti masing-masing untuk menceriakan sekitar dalaman Bangunan Dewan Blok C, Pejabat SUK Pahang.

 

OBJEKTIF

Mendorong dan mencetus kreativiti warga kerja dalam menceriakan bangunan di Pejabat SUK Pahang.

 

KRITERIA PENILAIAN

Penilaian akan dibuat dalam tiga aspek utama seperti berikut:

  1. Aspek Kreativiti (40%)
  2. Aspek Daya Tarikan (30%) dan;
  3. Aspek Nilai Tambah (30%)

 

TARIKH PELAKSANAAN

Penyertaan akan bermula pada 1 hingga 30 November 2017.

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

  1. Peserta mestilah terdiri daripada warga Pejabat SUK Pahang.
  2. Pertandingan terbuka kepada kategori individu @ berkumpulan.
  3. Setiap penyertaan mestilah menggunakan Borang Penyertaan yang ditetapkan. Dapatkan borang penyertaan di sini.
  4. Setiap penyertaan hendaklah menonjolkan konsep/idea yang berlandaskan kreativiti di dalam rekabentuk pencahayaan, keceriaan dan lanskap bermula pintu masuk dan sekitar dalaman Bangunan Dewan SUK Blok C, Pejabat SUK Pahang.
  5. Setiap penyertaan boleh dikemukakan dalam bentuk "softcopy" dan "hardcopy" kepada urusetia selewat-lewatnya pada 30 November 2017.
  6. Sekiranya didapati sebarang maklumat yang diberikan dalam Borang Penyertaan adalah tidak benar, Penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut tanpa sebarang rayuan.
  7. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

 

HADIAH

Johan – RM 3,000 & sijil

Naib Johan – RM 2,000 & sijil

Ketiga – RM 1,000 & sijil

 

URUS SETIA PERTANDINGAN                                            

Unit Pengurusan Aset, Bangunan Dan Keselamatan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Tel: 09-5131520, 09-5158450, 09-5159450

Faks: 09-5131692

E-mel:

m.saiful[at]pahang[dot]gov[dot]my

mohd.hanif[at]pahang[dot]gov[dot]my

saraswathy[at]pahang[dot]gov[dot]my