Kejohanan Memanah Dalam Dewan UMP Eastern Shadow 1.0/2017

GAMBANG, 17 Disember 2017 – Satu kejohanan Memanah Dalam Dewan UMP-Eastern Shadow 1.0 anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang sulung kalinya dianjurkan telah menerima penyertaan memberangsangkan dengan penyertaan seramai 305 orang pemanah daripada 21 persatuan dan juga kelab daripada seluruh Negara. Acara sukan yang semakin popular di kalangan orang awam itu mempertandingkan 6 acara di dalam dewan UMP Gambang iaitu Recurve Men, Recurve Women, Recurve Cadet Men, Recurve Cadet Women, Compound Men, dan juga Compound Women. 

Pasukan Memanah SUKMA Pahang telah menyertai kejohanan ini dengan penyertaan seramai 12 orang atlet. Pasukan Memanah SUKMA Pahang memungut 3 Perak, 4 Gangsa, dan 3 tempat ke-4 yang berada di tangga ke 4 keseluruhan. Kejohanan ini berakhir dengan menyaksikan ATM menjadi juara keseluruhan dengan kutipan sebanyak 4 pingat emas. Kejohanan ini yang sulung kali diadakan dengan jayanya telah mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa sekali gus akan menerima penyertaan luar Negara pada edisi tahun hadapan.