Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Kepada Para Penerima Sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Pekan, 27 Januari – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur kepada para penerima sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pada Istiadat yang telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan,  sejumlah 196 penerima dikurniakan darjah kebesaran dan pingat. Mendahului senarai penerima ialah adinda Sultan Pahang, Yang Mulia Tengku Dato' Nor Akmar binti Al-Marhum Sultan Abu Bakar yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato' Sri. Antara penerima lain ialah Hakim Besar Malaya YAA. Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA. Tan Sri Datuk Ramly bin Haji Ali, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA. Dato' Balia Yusof bin Haji Wahid, YH. Dato' Shaharuddin bin Khalid Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan mantan Setiausaha Kerajaan Pahang YH. Dato' Indera Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Salleh.

Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) yang membawa gelaran Dato' Indera, antara penerimanya ialah YBhg. Datuk Noridah binti Abdul Rahim, Pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA, Encik Khairul Dzaimee bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPKT dan YH. Dato' Nik Nasaruddin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah Tuan Haji Suhaime bin Mahbar, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr. George Patrick @ Marimuthu, Pengarah Bahagian Transformasi Sektor Awam Jabatan Perkhidmatan Awam dan Encik Ahmad Shublee bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato', antara penerimanya ialah YBhg. Datin Sri Puan Sri Nik Hasmah binti Nik Kadir, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan, Encik Ruslin bin Jusoh Pengarah Pengurusan, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji Ahmad Adli bin Abdullah, Panel Penasihat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Puan Nor Akillah binti Osman, Akauntan Negeri Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang dan Encik Zakaria bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Pahang.  

Lain-lain penerima Darjah-darjah kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Daul Makmur adalah seperti berikut :

Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)

1. Puan Laily binti Abd Wahab
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

2. Puan Wan Azlida binti Wan Muda
    Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

3. Puan Noor Rahmatul Hasrati binti Abdullah
    Pejabat Daerah dan Tanah Bera

Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP)

1. Puan Hafirah binti Jamaludiin
    Bahagian Teknologi Maklumat

Pingat Kelakuan Terpuji (PKT)

1. Encik Mat Rawi bin Mat Sohor
    Bahagian Khidmat Pengurusan

Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

1. Encik Faisal bin Mustapha Bakari
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Pahang